Gunung Ledang

Gunung Ledang

Monday 12 December 2011

~ TEMPAT JATUH LAGIKAN DI KENANG….

Ungkapan yang seringkali kita dengar bilamana kita akan terkenangkan sesuatu peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan lampau kita dan ianya akan sentiasa dikenang sampai bila-bila…., namun apa yang akan aku ceritakan di sini adalah sememangnya insiden yang berlaku kepada diriku sewaktu menyertai expidisi mendaki Gunung Ledang suatu ketika dahulu.

Tempat JATUH lagikan dikenang, inikan pula tempat “aku betul-betul jatuh gaung di Gunung Ledang” dan ibarat ‘Mati Hidup Semula’ yang membolehkan aku menceritakan kronologinya kejadian tersebut malah diperlengkapkan lagi dengan pelbagai kejadian Mistik yang sebelum ini aku anggap sebagai karut dan tak mungkin berlaku kepada diri aku, tetapi kesan dari insiden tersebut barulah ku sedar akan kebesaran ALLAH..!!!

Maka, teruslah mengikuti ceritera yang berkisar sebegini…………

Aku & kumpulan aku telahpun berada di kawasan perkemahan di Gunung Ledang yang lebih dikenali sebagai Kolam Puteri dan menjadi tempat paling sesuai sebagai Base-Camp kami.Lokasinya pula adalah sejurus selepas melepasi Air Terjun Paradise iaitu ungkapan yang diberikan terhadap keindahan air terjun tersebut.  Aku sendiri telah mendirikan kemah aku dengan hammor-sack yang aku bawa berhampiran dengan Kolam Di Raja iaitu ke hulu sedikit dari kawasan Kolam Puteri.

Betapa gelaran yang diberikan sebagai kolam Di Raja iaitu terdapatnya tebing-tebing batu sungai yang rata di kiri-kanannya yang agak saiznya lebih besar dari saliran sungai yang biasa selepas itu, malah di pangkal aliran kolam tersebut, airnya mengalir keluar dari punca mata air yang terlindung disebaliknya dan seperti ada kuasa pula untuk menghalang aku agar tidak dibenarkan untuk melihat disebalik aliran di hulunya.

Setelah berada di kawasan perkemahan itu  selama 5 hari dengan melalui pelbagai aktiviti yang berbentuk latihan ketahanan fizikal & mental serta motivasi dalam kumpulan yang kami sertai, yang mana aku adalah antara Jurulatih yang bertugas, maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk mendaki ke puncak Gunung Ledang dan segala peralatan dengan persiapan yang rapi telahpun di kenal-pasti untuk dibawa untuk pendakian nanti.

Aku seterusnya telah dilantik sebagai Tracker yang bertindak sebagai pendahulu dalam pasukan dan akan meninjau dahulu laluan denai yang betul & tepat serta tanpa menghadapi banyak masalah sebelum kumpulan besar yang lain seramai lebih 40 orang yang akan mengekori seratus meter di belakang dan dipastikan akan selamat sampai ke puncak nanti.

Pengalaman aku yang telah mendaki sebanyak 2 kali sebelum ini hingga ke puncak dijadikan sebagai panduan agar laluan yang akan kami semua lalui nanti selamat dan aku akan segera memaklumkan kepada kumpulan besar itu nanti melalui ketua mereka dengan Walkie-Talkie yang ada pada aku dan beberapa individu dan ketua unit yang lain. Untuk makluman, jenis Walkie-Talkie yang kami gunakan itu boleh menggunakan bateri saiz AA sebanyak 16 biji sebagai kuasa yang boleh bertahan 2/3 hari dan sememangnya bateri itu telah diganti sejurus sebelum aku mulakan pendakian aku ke puncak ini.

Aku turut disertai oleh 4 orang lagi rakan aku yang 2 daripadanya adalah perempuan yang masing2 telah juga beberapa kali membuat pendakian sehingga ke puncak. Sekadar untuk mengimbas kembali untuk dijadikan maklumat bahawa pendakian dari kaki gunung hingga ke Base-Camp akan mengambil masa hingga 3 jam, namun ianya bergantung kepada keupayaan semua ahli pasukan yang berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih atas sebab-sebab terpaksa berhenti rehat beberapa kali di sepanjang pendakian tersebut hingga masa yang di ambil boleh menjangkau sehingga 6 jam.

Manakala masa yang diambil untuk sampai ke puncak dari Base-Camp adalah hingga 2 jam dengan pendakian biasa namun telah menjadi kebiasaan dengan jumlah yang ramai makanya pendakian tersebut akan mengambil masa sehingga 4 jam juga.

Laluan ke puncak dari Base-Camp adalah lebih sukar kerana secara keseluruhannya pendakian akan menggunakan laluan yang memerlukan akar-akar pokok sebagai alat bantuan dan sampai ke satu peringkat sejurus sebelum tiba di puncak, setiap orang akan menggunakan pendakian bertali & latihan asas yang telah diberikan semasa berada di Base-Camp telah banyak membantu.

Ada ketikanya, setiap orang tanpa pilihan terpaksa meniti akar pokok semata-mata untuk melepasi jurang yang dalam dan konsentrasi yang tinggi serta keyakinan yang mantap sahaja yang boleh membantu melalui halangan tersebut dan semuanya telah diberikan latihan yang secukupnya setelah 4 hari berada di tempat latihan Base-Camp sebelumnya.

Keindahan flora & fauna yang boleh dilihat adalah amat-amat mengasyikkan lebih-lebih lagi setelah sampai ke dataran Puncak Puteri Bongsu bilamana akan terdapat banyak Periuk Kera yang tumbuh melata disepanjang denai dan keindahan yang paling indah yang pernah aku alami dan takkan kulupakan hingga ke akhir hayat adalah pokok-pokok Bonzai asli yang tumbuh segar seperti taman di tepi-tepi tebing curam menghampiri ke puncak Gunung Ledang…

Pendakian ke puncak akhirnya berjaya disudahkan dengan masing-masing tanpa menghiraukan kepenatan terus menikmati keindahan panorama indah yang boleh dilihat dari puncak Gunung Ledang tersebut sehingga saujana mata memandang boleh melihat Selat Melaka yang berada sayup dipenghujung sejauh pandangan mata. Angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup ke tubuh memberikan kedinginan dan kesegaran akibat peluh yang lenjun mengalir dibadan  dan keletihan secara tetiba tidak
terasa oleh kesegaran udara di  puncak Gunung Ledang.

… bersambung~

Monday 14 November 2011

MOST DELICIOUS MENU..!!!

 ~ DON'T MISS IT BEFORE YOU RETURN HOME FROM GUNUNG LEDANG ~
(MAKE A SPECIAL ORDER AT THE NEAREST STALL THERE)
TRUST ME THAT IT WILL BE THE MOST DELICIOUS MENU
YOU EVER HAD IN YOUR LIFETIME..!!!

Monday 31 October 2011

The Legendary Legacy to be Revealed..!!!

7 clauses as the condition given by Princess of Gunung Ledang for her Dowry to be married with King of Malacca.

http://www.youtube.com/watch?v=ORiUAvelvx8


# 1 - 1 Golden Bridge from Malacca Palace to the peak of Gunung Ledang

# 2 - 1 Silver Bridge from Malacca Palace  to the peak of Gunung Ledang

# 3 - 7 jars of Virgins’ eyedrop

# 4 - 7 jars of Betel Nuts’ water

# 5 - 7 trays of gems’ liver

# 6 - 7 trays of mosquitos’ heart

# 7 - 1 bowl of Sultan Ahmad’s blood, the young Prince of Sultan Mahmud Shah.

Monday 17 October 2011

" KOPI 'O' SHAKE " - THE BEST EVER DRINKING WATER..!!!



The Special Drinking Diet that you can't get anywhere else.., just fill-up half the Water Bottle with the Fresh & Cold Mineral Water from the river than pour some Coffee & Sugar onto that bottle than ShAkE it well before you can have The Best Ever Drinking Water you can have in your life BUT only at Gunung Ledang..!!

Thursday 29 September 2011

Mount Ophir (Golden Mountain) Gunung Ledang..!?!

Gunung Ledang (Ledang Mountain aka Mount Ophir) is a mountain locates in a district of Ledang, state of Johor Darul Takzim, Malaysia. Located nearby a small town name Asahan, state of Melaka. (near to the border of these two states). With the height of 1,276 meters, Gunung Ledang is the highest mountain in the South of Peninsular Malaysia.
If you are at the peak of the mountain with the clear weather, the beautiful scenery of Strait of Malacca & Sumatera, Indonesia can be seen clearly.

Gunung Ledang belives to be one of the forest which is very rich of the many species of trees that very difficult to find at anywhere else in the world. It has the area of Dipterokarp Hill forest & Top Dipterokarp forest.

Gunung Ledang normally related to the very famous legendry of Puteri Gunung Ledang (Gunung Ledang Princess).

There are severals popular statements related about the original name where the Gunung Ledang get the name. One of the old days history had mentioned that Gunung Ledang was the place which have so many gold storage, which interact so many Chinese trademen as far as from Greece & China.

The name 'Ophir' itself was origin name from Ibrani language. At the 14th Century, the Chinese sailor which always travel thru & flow at the Strait of Malacca then called that mountain as "Kim Sua" which means 'Golden Mountain'. There was another source stated that the Jawa during the rule government of Majapahit empire was named that mountain as 'Gunong Ledang', meanings 'the mountain from far away'.

Wednesday 28 September 2011

.......... Watch the Trailer ..!!! ........ ........... ..... ~~~ (Journey to the Golden Mountain)

..........How to capture Gunung Ledang..?!?

@1. From the PLUS North-South highway, exit at Tangkak
than straight to Jementah/Segamat on the left side you
will find Sagil, next  10 km from Tangkak towards Segamat
you will find the ‘Ayer Panas’ waterfall on the left,
the rubber trees and also the Ledang Baharu Estate.
From the waterfall then, you can follow
the track of Sagil towards to the peak of Gunung Ledang.
This route is most popular and it takes about 5-6 hours
to reach the peak.

@2. From Asahan. Melaka, the right entrance the
straight towards Gunung Ledang. The legendry of
Hang Tuah believe had been using this route long
time ago for the very important assignment
commanded by the Sultan of Malacca.
You can start the journey from the pond
of Kampung Asahan.

@3. From Tangkak to Segamat, there is one road to the
RTM radio station, TM station and the water dam
at the peak of Gunung Ledang but this road is strictly
closed for publics.