~ xPdC t@ GunUNg LeDAnG ~
Gunung Ledang
Wednesday, 16 November 2011
~ FAKTA SEJARAH YANG SUNGGUH MENARIK
SEMENANJUNG EMAS
Ketika Ptolemy, seorang ahli Geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah nusantara ini. Apa yang terjadi di nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika firaun-firaun Mesir sedang membina piramid, bangsa yang tinggal di nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. Sebuah manuskrip yahudi purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di timur jauh yang dinamakan
Ophir
.
OPHIR
à
GUNUNG OPHIR = GUNUNG LEDANG..!!!
Newer Post
Older Post
Home